Popular Post

Pengenalan


SEJARAH PENUBUHAN

NA Master Resources sebelum ini dikenali sebagai Double NN Enterprise telah memacu kejayaan selaras dengan perkembangan ekonomi dan perniagaan. Oleh sebab itu, bagi memastikan kelangsungan “survival”serta sahutan kearah kejayaan memperjuangan ekonomi, tranformasi kearah yang lebih baik telah dilaksanakan, Bermula dari Double NN Enterprise, iannya ditukar kepada NA Master Resources dengan perubahan dari segala aspek, struktur mahupun operasi. Keseluruhan pentadbiran serta struktur cara kerja direncanakan semula bagi melicinkan lagi segala urusan perniagaan NA Master Resources.

Dengan satu tekad, satu tenaga dan satu pemikiran yang menjadi asas kekuatan NA Master Resources, pada tanggal 01 Jun 2011 NA Master Resources secara rasminya telah ditubuhkan dengan No. Pendaftaran syarikat SA0134183-D oleh dua anak muda yang berpandangan jauh, melihat bidang percetakan dan rundingan latihan sebagai bidang yang berpotensi untuk diterokai. Hasil usaha dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak, NA Master Resources memacu kearah yang lebih dinamik dan berketerampilan demi mencapai sasaran utama ingin melihat keagungan bangsa berada ditahap angung dan dihormati dimata dunia.

NA Master Resources merupakan syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan uniknya syarikat ini, ianya ditubuhkan oleh bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bersama-sama mengembleng tenaga, seiring dengan cabaran globalisasi dengan lebih agresif menawarkan pelbagai perkhidmatan bersesuaian dengan permintaan semasa. Bermotokan ‘Quality is our performance’ menjadi pegangan syarikat kearah menawarkan perkhidmatan yang berkualiti demi kepuasan semua pelanggan NA Master Resources. Pada hari ini, NA Master Resources berkeupayaan menawarkan pelbagai perkhidmatan percetakan serta rundingan latihan yang menawarkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor dimana modul-modul direka khusus bersesuaian dengan matlamat dan objektif yang ingin dicapai. 


OBJEKTIF PENUBUHAN
  •    Membentuk sebuah syarikat  yang mampu berdiri sendiri dan berketerampilan, berkemahiran, berdaya saing dan mempunyai wawasan yang murni selaras dengan kehendak kerajaan dalam mencapai wawasan 2020
  •     Menjadi sebuah organisasi professional yang mempunyai daya ketahanan diri secara jasmani dan rohani mana-mana organisasi yang menggunakan perkhidmatan kami.
  •     Menghasilkan produk yang inovatif, efektif dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan serta memenuhi tahap kepuasaan yang tinggi.
  •    Menghasilkan daya saing antara kaum bumiputera dan kaum-kaum lain di dalam perniagaan dan mencapai kejayaan diperingkat Malaysia dan setanding mana-mana organisasi lain.
  •     Menyedia, mencipta dan membangunkan modul dan perkhidmatan yang berkualiti dan kompetitif bagi memenuhi keperluan pasaran.

MOTO
‘Quality is our performance’

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...